Sunday, February 1, 2009

Arshavin 90% ke Arsenal

Arsene Wenger menegaskan bahawa dia masih berkeyakinan untuk membawa masuk pemain

perancang Rusia, Andrei Arshavin sebelum tarikh akhir perpindahan pemain tamat, meskipun

perjanjian dengan pemain tersebut dilanda pelbagai siri permasalahan.


Arsenal perlu merekrut pemain tengah Zenit St Petersburg tersebut, setelah Gunners

menghasilkan aksi kurang berinspirasi apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan

West Ham.


Zenit sebelum ini meletakkan bayaran sebanyak 20 juta pound (RM102.5 juta) untuk pemain

bintangnya itu.


Jumlah ditetapkan oleh Zenit itu bagaimanapun lebih 8 juta pound (RM41.97 juta) berbanding

dengan tawaran pertama yang dinyatakan oleh Arsenal.


Ketika mana kedua-dua kelab begitu hampir untuk mempersetujui yuran perpindahan pemain

tersebut, terdapat laporan yang menyatakan kelab utara London itu tidak bersependapat

dengan permintaan yang diminta oleh Arshavin.

Sebarang perjanjian pembelian pemain harus didaftarkan sebelum 5 petang hari ini.


Sehubungan itu, masa yang ditetapkan begitu hampir untuk kedua-dua kelab untuk

melangsaikan perbincangan mengenai perpindahan pemain tengah antarabangsa Rusia tersebut.


Wenger yang menafikan laporan bahawa Ashavin telah berada di London malam kelmarin

berkata, dia menafikan telah berputus asa mengenai perpindahan pemain tersebut.


Malah pengurus Arsenal itu menegaskan pihaknya boleh mengatasi permasalahan tersebut dan

menyatakan sasaran kelab itu masih di Rusia.

"Kami (Arsenal) sudah tidak berada jauh dan hanya sedikit masa sahaja lagi dari sekarang,

permainan ini akan ditamatkan.

"Kami akan melihat apakah tindakan yang boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam ini. Saya masih

tidak tahu jika saya berkeyakinan atau tidak.

"Berdasarkan pengalaman yang saya miliki, apa sahaja boleh berlaku berhubung isu

perpindahan. Mungkin ia berjaya dilakukan atau sebaliknya.

"Perkara itu bagaimanapun tidak memberi kerisauan kepada saya. Dia (Arshavin) boleh

meleraikan barisan pertahanan dan mungkin kami memerlukannya hari ini.

"Namun harus diingat bahawa kami mempunyai pemain lain yang boleh melaksanakan tugas

membolosi pertahanan, tetapi mereka tidak boleh beraksi pada masa ini," katanya

No comments:

Post a Comment