Fernando Torres menjaringkan dua gol di penghujung permainan untuk membantu Liverpool
menewaskan Chelsea 2-0 pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield, semalam.
Ketika permainan seakan berakhir dengan keputusan seri, Torres menanduk masuk gol
pertama pada minit ke-89 sebelum sekali lagi menggegar jaring pada masa kecederaan untuk
merampas tangga kedua liga daripada Chelsea.
Dengan kemenangan itu, Liverpool kini kembali menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga
musim ini untuk menyaingi Manchester United yang berada di puncak liga.
Chelsea yang terpaksa bermain 10 orang selepas Frank Lampard dibuang padang ternyata
pincang untuk menyaingi Liverpool yang berjaya mengakhiri badi seri dalam tiga perlawanan
sebelum ini.
Sunday, February 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment